Saturday, August 25, 2012

SERANGAN BUAYA 24.08.2012

Dalam kejadian terbaharu pagi semalam,24 Ogos 2012. gara-gara terdesak mahu membuang air besar, seorang lelaki tercedera di punggungnya selepas digigit seekor buaya di pinggir sungai di Pending. Mangsa, 32, seorang warganegara Indonesia sebelum insiden tersebut dikatakan sedang bekerja sebelum bergegas ke sungai tersebut kerana mengalami sakit perut sekitar jam 9.15 pagi. Menurutnya, tandas terletak agak jauh dari tempatnya bekerja menyebabkan dia membuat keputusan untuk membuang air besar di tepi sungai tersebut. Bagaimanapun, menurutnya, ketika baharu membuka seluar dan mencangkung di sungai tersebut, dia tiba-tiba digigit di bahagian punggung dan berasa seperti ditarik masuk ke dalam sungai tersebut.

Populasi buaya perlu ditangani

Borneo Post 25.08.2012 Kerajaan mahu konvensyen antarabangsa dipinda; satu lagi serangan buaya di Pending KUCHING: Kerajaan negeri sedang merangka satu kertas kerja untuk dibentang di peringkat antarabangsa agar Apendiks 1 Konvensyen Antarabangsa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) diturunkan kepada Apendiks 2 yang membolehkan buaya ditangkap, dibunuh dan didagangkan kulitnya. Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, usaha tersebut memang tepat pada masanya memandangkan populasi buaya di negeri ini termasuk di Parlimen Santubong semakin meningkat berbanding tahun 1980-an dan 1990-an, tatkala satu lagi kejadian buaya menyerang manusia dilaporkan berlaku di tepi sungai di Pending, pagi semalam. Menurutnya, sejak akhir-akhir ini populasi buaya di negeri ini meningkat daripada tiga kepada enam ekor bagi setiap kilometer dan perkara itu amat membimbangkan penduduk yang tinggal di kawasan tepi sungai atau berhampiran laut. Saya dimaklumkan bahawa sekarang kerajaan negeri sedang berusaha membuat satu kertas kerja supaya isu ini (peningkatan populasi buaya) dibentangkan ke peringkat antarabangsa agar undang-undang terhadap buaya di negeri ini dapat diturunkan kepada Apendiks 2 berbanding Apendiks 1 sekarang,” katanya kepada pemberita di sini semalam. Beliau berkata, sebagai spesies terkawal, tidak banyak tindakan yang boleh dilakukan masyarakat walaupun kawasan mereka kerap diserang buaya. “Kita terkilan kerana terikat dengan konvensyen antarabangsa. Kita hanya boleh ambil tindakan apabila spesies ini menyerang orang. “Namun, adakah buaya yang kita tangkap merupakan penyerang ataupun kita menangkap buaya yang tidak bersalah?” ujarnya. Menurutnya lagi, sebelum ini Malaysia dengan persetujuan beberapa negara Asia Tenggara memang sudah membentangkan kertas kerja agar undang-undang terhadap buaya diubah, namun dibantah oleh Australia. “Mereka (Australia) kata kita kena kawal dahulu. Ia sekali gus menyusahkan kita kerana negara ini amat memerlukan pindaan terhadap undang-undang ini kerana mempunyai kawasan-kawasan tepi sungai atau laut,” jelasnya. Mengulas mengenai insiden serangan buaya di Pasir Panjang pada Rabu lepas, beliau melahirkan rasa terkilan apabila mengetahui serangan buaya terhadap seorang remaja di tepian laut di kawasannya. “Lokasi kejadian merupakan tempat pelancong dan sepatutnya dipromosi. Saya kecewa kerana ada buaya di sini. “Memang ada tanda amaran di sini, namun sekarang mungkin dibuang pihak tidak bertanggungjawab,” kata Wan Junaidi. Beliau mencadangkan agar Kementerian Pelancongan dapat membina hadangan bagi mengelak buaya kembali menyerang orang ramai di kawasan tepian laut. Dalam kejadian terbaharu pagi semalam, gara-gara terdesak mahu membuang air besar, seorang lelaki tercedera di punggungnya selepas digigit seekor buaya di pinggir sungai di Pending. Mangsa, 32, seorang warganegara Indonesia sebelum insiden tersebut dikatakan sedang bekerja sebelum bergegas ke sungai tersebut kerana mengalami sakit perut sekitar jam 9.15 pagi. Menurutnya, tandas terletak agak jauh dari tempatnya bekerja menyebabkan dia membuat keputusan untuk membuang air besar di tepi sungai tersebut. Bagaimanapun, menurutnya, ketika baharu membuka seluar dan mencangkung di sungai tersebut, dia tiba-tiba digigit di bahagian punggung dan berasa seperti ditarik masuk ke dalam sungai tersebut.

Thursday, August 23, 2012

24.8.2012 : Teen survives croc attack after 30-minute ‘tug of war’


       Warded: Chin being wheeled into the ward after receiving treatment at the SGH accident        a
                                                            and emergency unit.


KUCHING: A teen has survived a crocodile attack at the Pasir Panjang beach near here.
The 14-year-old from Poh Kong Park, Ashley Austin Chin who was with five friends at the time, suffered injuries to both his thighs in the incident that happened at around 7am yesterday.

One of his friends, who declined to be named, said that Chin was in the water when he felt something tugging at him from underneath.

Chin had thought that it was someone from the group trying to be funny so he gave it a punch, said his 16-year-old friend.

To his horror, the skin of the thing was rough and it bit him. Upon taking a closer look, it turned out to be a crocodile.

Chin then shouted for help and his friends responded swiftly.

They tried to pull the reptile away and the tug-of-war went on for more than 30 minutes before it released Chin.

Chin’s friend claimed that the crocodile was about 2m long.

The group then rushed Chin to the Sarawak General Hospital (SGH).

At press time, it is unknown whether a police report has been lodged.