Saturday, August 25, 2012
SERANGAN BUAYA 24.08.2012
Dalam kejadian terbaharu pagi semalam,24 Ogos 2012. gara-gara terdesak mahu membuang air besar, seorang lelaki tercedera di punggungnya selepas digigit seekor buaya di pinggir sungai di Pending.
Mangsa, 32, seorang warganegara Indonesia sebelum insiden tersebut dikatakan sedang bekerja sebelum bergegas ke sungai tersebut kerana mengalami sakit perut sekitar jam 9.15 pagi.
Menurutnya, tandas terletak agak jauh dari tempatnya bekerja menyebabkan dia membuat keputusan untuk membuang air besar di tepi sungai tersebut.
Bagaimanapun, menurutnya, ketika baharu membuka seluar dan mencangkung di sungai tersebut, dia tiba-tiba digigit di bahagian punggung dan berasa seperti ditarik masuk ke dalam sungai tersebut.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment