Friday, July 13, 2012

Body of crocodile attack victim recovered




KUCHING: Mayat pemotong pokok rumbia dipercayai diserang buaya di Batang Saribas kelmarin, ditemui dekat tebing sungai di seberang Kampung Medang, Spaoh jam 7 pagi ini, kira-kira 20 kilometer dari tempat mangsa diserang.

Ketua Polis Daerah Betong, Deputi Superitendan Sarifuddin Mustaffa, ketika dihubungi berkata beberapa anggota badan Drahman Chali, 55, dari Kampung Hilir Beladin seperti tangan dan kaki sudah putus manakala kepalanya hampir terputus. "Selepas membawa mayat itu ke Hospital Betong, anggota keluarganya mengesahkan mayat itu adalah mangsa yang dilaporkan diserang buaya sebelum ini," katanya.
Sarifuddin berkata, berikutan penemuan mayat itu, operasi mencari dan menyelamat yang turut membabitkan beberapa agensi kerajaan yang berkaitan dihentikan.

Pada 19 Jun lalu, seorang wanita iaitu Siah anak Munsong, 42, menjadi korban serangan buaya ganas di Sungai Seblak, juga dalam bahagian Betong. - BERNAMA

__________________________________________________________________________________

KUCHING, July 7 2012 — The body of a 55-year-old sago palm cutter, believed to have been attacked by a crocodile at Batang Saribas last Thursday, was recovered today.
Drahman Chali’s body, with limbs detached and head almost severed, was found near a riverbank opposite Kampung Medang, Spaoh, about 20km from where he was apparently set upon.
“His family from Kampung Hilir Beladin identified the body at Betong Hospital and the search and rescue operation involving various government agencies has since been called off,” said Betong police chief DSP Sarifuddin Mustaffa when contacted by Bernama.
On June 19, a woman, Siah anak Munsong, 42, was attacked by a crocodile at Sungai Seblak, also in the Betong division. — Bernama

No comments:

Post a Comment